
Sepatutnya segenap hati menumpukan
sepenuh cinta pada-Mu
Fitrah yang masih murni sudah tentu
mendorong ke arah mencintai-Mu
Siapakah yang dapat menyangkal hakikat ini
Tanda pemberian-Mu adalah rezeki
Tiada pembelaan-Mu hinalah diri
Bila Engkau bela mulialah diri
Segala ilmu Engkaulah yang memberi
Tak kala sakit Engkaulah yang menyembuhkan
Entah apa lagi nikmat dari-Mu
Tidakkah patut Engkau dicintai?
Kalau Engkau patut dicintai
Engkau patutnya ditakuti
Kerana kuasa, kehendak, ketentuan
Segala-galanya pada-Mu
Tiada siapa yang mampu membendung kuasa
kehendak dan ketentuan-Mu
Engkau mewujudkan Engkau mentiadakan
Engkau menghidupkan Engkau mematikan
Engkau memberi Engkau mengambilnya
Engkau menyenangkan Engkau menyusahkan
Engkau mengkayakan Engkau memiskinkan
Engkau mengamankan Engkau jugalah
yang mendatangkan bala bencana
Engkau boleh melakukan apa-apa saja
pada bila-bila masa
Engkaulah yang menghukumkan manusia
di Akhirat nanti
Manusia fitrahnya sudah rosak
Jiwanya sudah rosak
Engkau Tuhan sudah tidak dicintai lagi
Kepada-Mu Tuhan manusia sudah tidak takut lagi
Wednesday, November 18, 2009
ENGKAU PATUT DICINTAI DAN DITAKUTI
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 7:42 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, November 11, 2009
IKHLASKAN IBADAH DAN AMAL

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan
dan perjuangan yang banyak
Tapi murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan meberi pahala Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 7:54 AM 1 comments Links to this post
IBADAH KERANA FADHILAT

Biasanya orang yang membuat amal ibadah kerana mengejar fadhilat
banyak ibadahnya
Tapi rasa bertuhan sudah tiada
Dari ibadahnya tidak lagi lahir rasa kehambaannya
Dia membuat amal ibadah bukan kerana cinta dengan Tuhan atau takut
Tapi cinta dengan fadhilat atau takut tidak dapat fadhilat
Biasanya golongan ini rasa takut atau cinta dengan Tuhan sudah tiada
Kalaupun banyak amal ibadah tapi tidak berubah perangai
Mazmumahnya sama naik dengan amal ibadahnya
Cintakan dunia sama berlumba dengan ibadahnya
Ibadah pun banyak cinta dunia pun banyak
Amal ibadah pun bertambah cintakan dunia pun bertambah
Golongan yang mengejar fadhilat ini selalunya rasa aman dengan Tuhan
Merasa tenang dengan amal ibadah
Itulah orang yang beramal ibadah derhaka dalam taat
Membuat dosa atau derhaka tapi tidak sedar berlakunya kederhakaan itu
Mereka itu tertipu dengan amal ibadahnya yang banyak
Tapi rasa bertuhan tidak ada
Tapi rasa kehambaan sudah hilang
Sedangkan rasa bertuhan itu adalah wajib
Merasa kehambaan itu adalah diperintah
Beramal ibadah dengan tujuan untuk memperdalamkan rasa bertuhan dan kehambaan
Kalau beramal ibadah sudah tidak rasa bertuhan dan tidak rasa kehambaan
Fungsi dan peranan ibadah itu sudah tersalah
Maka tidak ada nilai lagi di sisi Allah SWT
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 7:51 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, November 10, 2009
DERHAKA DI DALAM BERIBADAH

Ramai orang beribadat bukan mahu dekat dengan Allah
Tapi ibadahnya semakin menjauhkan diri dari Allah
Kerana megah dengan ibadah, kerana nama menyembah Allah
DI dalam benbadah, menghina, mengumpat, hasad dendam kesumat
Orang ini di Akhirat menjadi orang muflis
Perniagaan Akhiratnya banyak bankrap kerana maksiat
Ibadahnya tidak menyelamatkan mereka
Mereka tertipu dengan ibadahnya
Banyak orang amal kebajikannya menghijab di antara dia dengan Allah
Dia buat kebajikan kerana nama, minta pujian, glamour
Setiap kebaikan yang dibuat suka dicerita-cerita
Jasa-jasa suka diberitahu, kerana ingin dapat nama
Kerana itulah setengah orang jika tidak dibuat berita tidak mahu menderma
Jika hendak menderma mesti dibuat berita di dalam media
Dia membuat kebaikan kerana pujian orang
Bukan kerana Allah dan keredhaan-Nya
Itulah orang derhaka di dalam beribadah
Membuat maksiat di dalam kebaikan
Dia rasa cara itu Tuhan suka
Rupanya cara itu Tuhan sangat murka
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 10:15 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, November 4, 2009
KU TAGIH REDHAMU TUHAN

Aku rindu keredhaan-Mu Tuhan
Aku menagihkan kecintaan-Mu
Tapi aku sedar aku tidak layak menerimanya
Aku pohon dengan rahmat-Mu kurniakanlah
Kalau aku tidak layak juga menerima keduanya
Keampunan dan kemaafan-Mu ku pinta
Jika Engkau ampunkan aku
Selamat jugalah aku di Akhirat sana
Tapi aku tidak putus asa meminta
Aku meminta selalu dan bertalu-talu
Keredhaan-Mu yang aku hendak
Kecintaan-Mu yang ku pinta
Redha-Mu Tuhan, redha-Mu Tuhan
Berikan, kecintaan-Mu Tuhan yang ku pinta
Janganlah kecewakan aku
Janganlah hampakan aku
Tuhan aku tagih lagi keredhaan-Mu
Hinggalah aku mati kerananya
Hinggalah aku mati kerananya
Aku akan ulang-ulang lagi memintanya
Aku tidak jemu-jemu memintanya
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 4:46 PM 0 comments Links to this post
KAWAN YANG SETIA

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran. dialah yang memberi pandang
Ketika tidak ada apa hendak dimakan
Diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
Kerana faham masalah kawan,
Apatah lagi apabila diminta,
Waktu sakit diziarahi,
Diwaktu mendapat nikmat, din melahirkan kegembiraan,
Kesusahan kawan, kesusahannya,
Kesedihan kawan, kesedihannya,
Keluarganya dijaga dan di ambil berat tentang kehidupnnnya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga,
Ia merasakan maruah dirinya juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
Sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa.
Kebaikannya diceritakan dan dipuji-puji dibelakangnya.
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat,
Mengutamakan kawan, dan dirinya,
Selepas matinya, keluarganya tetap dihubungi,
Silaturrahim dengan keluarganya terus tersambung,
Susah payah keluarga kawannya
Selepas mati tetap ditolong.
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi,
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 4:44 PM 0 comments Links to this post
Tuesday, November 3, 2009
ANTARA KESERONOKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Manusia terlalu memikirkan
Kesusahan yang sedikit
Terjadilah keluh kesah, tidak tentu arah
Hingga lupa Allah Taala dan melanggar perintah
Kesusahan yang sedikit belum tentu terhibur
Maka mereka akan menempah kesusahan
Yang maha besar yang tidak berkesudahan
Terpesona dengan kesenangan dan kemewahan
Yang sedikit di dunia
Lupakan Tuhan, derhaka kepadaNya
Sombong dan takbur tiba
Mereka menolak kesenangan dan kemewahan
Yang tidak ada taranya
Yang tidak berkesudahan
Kerana pujian, nama dan glamour
Buat apa sahaja yang sia-sia dan melalaikan
Tidak takut lagi dengan kemurkaan Tuhan
Manusia sanggup menolak pujian Tuhan
Di dalam syurga yang berpanjangan
Kerana keseronokan yang sedikit
Manusia pun berfoya-foya, kepit betina
Berhibur-hiburan dengan perbuatan syaitan
Mereka tidak kira lagi dosa pahala
Laknat dan derhaka
Mereka sanggup menolak keseronokan
Dan hiburan dengan bidadari
Di dalam syurga yang tidak ada bandingan
Yang setia, tidak makan tua
Dan tidak sedikit pun yang menjijikkan
Kerana itulah ramai di kalangan manusia
Di waktu hendak sakaratul maut terkejut
Dan terbeliak biji mata
Apatah lagi diwaktu dicampakkan
Di dalam neraka
Penyesalan pun tiba, tidak berkesudahan
Di waktu itu mereka merayu-rayu kepada Tuhan
Agar dihidupkan semula
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 10:28 AM 0 comments Links to this post
PANDANGLAH BESAR DOSA ITU

Sekalipun dosa kecil sahaja
Kerana kalau ALLAH tidak ampunkan
Ia tetap ke Neraka
Dosa adalah kemurkaan Tuhan
Selagi di dalam kemurkaan-Nya
Menjadi hijab pada seseorang hamba
Oleh itu jika terbuat dosa
Cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya
Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab
Untuk mendapat hidayah daripada-Nya
Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya
Tapi mungkin kita tidak terasa
Selagi di dalam dosa
Tetap di dalam kemurkaan Tuhan
Selama di dalam kemurkaan Tuhan
Segala yang diberi adalah istidraj daripada-Nya
Atau sepanjang masa itu apa yang diberi
Adalah di dalam kemurkaan-Nya
Apabila apa yang dapat di waktu kemurkaan-Nya
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya
Bila sudah hilang keberkatannya
Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya
Ketenangan tidak ada
Keharmonian rumahtangga hilang
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang
Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak kena
Gelak ketawanya hanya pura-pura
Bila keseorangan , jiwa gelisah mula tiba
Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja
Dalam menderita
Begitulah kesan daripada dosa yang tidak dibersihkan.
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 10:25 AM 0 comments Links to this post
Monday, November 2, 2009
KECANTIKAN ENGKAU ITULAH MEROSAKKAN ENGKAU

Dengan kecantikan engkau ujub, padahal ujub adalah dosa batin
Dengan kecantikan engkau, engkau megah itu juga dosa hati yang payah dikesan
Lebih-lebih lagi kecantikan engkau, engkau peragakan dengan mendedahkan aurat
lagi bala kepada semua
Lebih-lebih lagi kecantikan engkau, engkau komersialkan
Engkau gunakan peluang mencari duit dan kekayaan
Malu sudah tercabut daripada perasaan engkau
Malu adalah kecantikan batin, sifat yang dipuji oleh Tuhan engkau
Kerana kecantikan engkau korbankan sifat malu
Tidak malu adalah satu dosa yang ramai orang tidak terfikir itu adalah dosa
Maka kecantikan engkau, engkau rosak dan merosakkan orang
Dengan hasil itulah engkau makan, bahkan memberi keluarga makan
Engkau memakan benda yang haram, yang sudah tidak terasa lagi haram
Menjadi kotorlah darah daging engkau
Maka hati engkau juga ditempa dengan benda yang haram
Maka hati yang menjadi wadah sudah kotor, bernajis maknawi dan rohani
Bagaimanalah Tuhan hendak memasukkan hidayah di dalam hati engkau
Hidayah adalah barang yang mahal
Tuhan tidak akan letakkan barang yang mahal itu di dalam wadah yang kotor
Kalau begitu, bilakah engkau hendak mendapat hidayah dari Tuhan?
Tidak ada hidayah, ertinya hidup di dalam kegelapan secara rohani
Sekalipun luarnya engkau cerah dan mewah
Cerah di dalam kegelapan hati
Mewah di dalam kemiskinan jiwa
Tertipu engkau di dalam kehidupan
Nafsu tipu engkau, dunia mempesona engkau, kehidupan mempedaya engkau
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 5:52 PM 0 comments Links to this post
REMAJA HARAPAN

Putera-puteri pemuda-pemudi adalah pemimpin pelapis di masa depan
Pemimpin pelapis bagi sebuah negara, bangsa dan agama demi kebahagiaan dan keselamatan
Mereka yang akan mengambil alih pimpinan negara, mengganti pemimpin yang ada sekarang
Kalau pemimpin yang ada tidak pandai mendidik, menjaga mereka, pemimpin yang akan datang dari mereka akan merosakkan negara, bangsa dan agama Islam
Mereka adalah aset bagi satu bangsa dan negara
Aset yang lebih berharga daripada aset semulajadi yang menjadi khazanah negara
Bahkan aset yang mati dan beku itu, aset yang menjadi man power itulah yang akan menggerak dan mentadbirnya
Kalau mereka telah rosak kerana kecuaian pemimpin yang ada, kekayaan negara di masa hadapan merekalah yang akan membolotnya
Bagaiman menjaga mereka sebagai aset negara dan bangsa?
Bangunkan akal mereka dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan dan pengalaman untuk agama, bangsa dan negara
Jagalah kesihatan mereka hingga fizikal mereka terpelihara, cergas dan berguna
Didiklah nafsu mereka agar tidak rakus dengan nikmat dunia
dan tidak sombong dengan kerjayanya
Bangunkan roh mereka dengan mengenalkan Tuhan, takutkan Tuhan, cintakan Tuhan, tanamkan rasa bertuhan
Hati mereka akan bersih dari noda-noda dunia
Mereka akan menjadi manusia berakhlak mulia
Akhlak yang mulia adalah bunga diri dan bunga bangsa
Hati mereka yang bersih itulah ketahanan diri mereka daripada godaan dunia dan betina
Jika mereka berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan, jiwa mereka tahan
Mereka akan sabar menerima ujian sama ada daripada manusia mahupun
kejadian bencana alam
Gejala-gejala negatif daripada luar buatan musuh mereka dapat hindarkan
Kerana ketahanan jiwa mereka begitu kebal dan tebal
Pemimpin yang ada sekarang diharap ambil perhatian terhadap anak-anak muda
Tersilap mendidik mereka, merekalah yang akan menghancurkan agama, bangsa dan negara mereka
Satu bangsa kalau sudah tersilap, untuk memulihkannya semula memakan masa
ratusan tahun lamanya
Aduh berapa generasi yang akan rosak dibuatnya
Moga-moga Tuhan lindungi kita semua
Posted by Abd Haez Abd Rahim at 5:49 PM 0 comments Links to this post

